Akar Herbanika (30 sachet)
No Pendaftaran: MAL19972865T
Mengandungi ramuan herba antaranya:
- Piper Betle Folium
- Zingiber Officinale Rhizome
- Curcuma Xanthorrhiza Rhizome
- Zingiberis Minus Rhizome
- Terminalia Catappa Cortex
- Orthosiphon Aristatus Folium
...................................................................................................................................................
Khasiat:
- Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.
- Juga digunakan bagi melawaskan pembuangan air kecil, untuk mengencangkan otot-otot tubuh dan membantu mengurangkan keletihan dan sakit-sakit sendi.
...................................................................................................................................................
Dos/cara penggunaannya:
Dewasa:
i. Untuk Amalan Kesihatan
a) Individu - 1 mug setiap kali minum (3 kali sehari) 1 atau 2 sachet Akar Herbanika dicampurkan dengan 1 mug air mendidih. Jika terlalu pekat bolehlah ditambah air sehingga ianya menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan teh herba itu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
b) Seisi Keluarga - 1 mug setiap kali minum ( 3 kali sehari) 2 atau 3 sachet Akar Herbanika dicampurkan dengan 5 cawan / 1 teko air mendidih. Jika terialu pekat bolehlah ditambah air sehingga ianya menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan teh herba itu. Minum air Akar Herbanika suam- suam panas.
- Disyorkan minum pada waktu pagi sebelum sarapan, selepas makan tengahari dan sebelum tidur.
c) Minuman Untuk Penghilang Dahaga - Air Akar Herbanika dengan manisan madu lebah asli yang disejukkan dalam peti sejuk adalah minuman penyegar seharian seisi keluarga untuk menghilangkan dahaga. Berkhasiat melegakan kekeringan tekak & ketidakselesaan kerongkong.
ii) Untuk Yang Berpenyakit - 1 mug setiap kali minum (4-5 kali sehari) - 2 sachet Akar Herbanika dicampurkan dengan 2 cawan atau 1 mug air mendidih. Tambahkan madu lebah untuk menyedapkan teh. Kepada pesakit kencing manis, dinasihatkan minum teh tanpa madu.
iii)Penggunaan Luaran - Disyorkan sachet Akar Herbanika yang telah digunakan disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan sebagai rawatan penyegar mata setiap hari untuk merehatkan mata yang letih dan kendur. Sapu Minyak Berubat Herba ke sekeliling kelopak mata dan pejam.
Letakkan sachet Akar Herbanika yang disejukkan ke atas kelopak mata dan berehat selama 1/2 @ 1 jam dan kemudian sachet tersebut hendaklah dibuang.
- Hanya gunakan madu sahaja sebagai pemanis.
No. KKLIU: 0033/2023
Tarikh tamat tempoh: 31/12/2025
...................................................................................................................................................
Herbanika Barut
No Pendaftaran: MAL20014435T
Mengandungi ramuan herba antaranya:
- Oryza Sativa Semen
- Myristica Fragrans Semen
- Cymbopogon Citratus Cortex
- Oryza Glutinosa Semen
- Trigonella Foenum-Graecum Semen
...................................................................................................................................................
Khasiat:
- Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan otot tubuh terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.
...................................................................................................................................................
Dos/cara penggunaannya:
Gunakan dua kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur). 1-2 sudu serbuk Herbanika Barut dimasak dengan 3-4 sudu besar air asam jawa. Gaul sebati dan masak di atas api yang perlahan sehingga menjadi sederhana pekat (paste). Sapu minyak herbanika pada bahagian perut serta pinggang dan kemudian gunakan Herbanika Barut suam-suam panas untuk disapu ke seluruh perut dan pinggang. Kemudian ikat dengan menggunakan barut.
Perhatian
- Jauhkan daripada capaian kanak-kanak.
- Simpan di tempat yang dingin dan kering.
- Jika penyakit berterusan, sila berjumpa doktor.
No. KKLIU: 0033/2023
Tarikh tamat tempoh: 31/12/2025
...................................................................................................................................................
NR HERBAL PHYTONATAL (90 KAPSUL)
No Pendaftaran: MAL21086084T
Mengandungi ramuan herba antaranya:
- Cassia Angustifolia Folium
- Glycyrrhiza Glabra Radix
- Zingiber Officinale Rhizome
- Coriandrum Sativum Semen
- Pimpinella Anisum Semen
...................................................................................................................................................
Khasiat:
- Digunakan secara tradisional untuk membantu melegakan sembelit ringan selepas melahirkan anak.
...................................................................................................................................................
Dos/cara penggunaannya:
- 2 kapsul diambil sekali sehari selepas makan.
Perhatian:
- Ini adalah ubat tradisional.
- Sila berjumpa dengan doktor jika simptom berterusan/bertambah buruk.
- Jauhkan daripada capaian kanak-kanak.
- Simpan di bawah suhu 30°C. Lindungi dari cahaya dan kelembapan.
No. KKLIU: 0033/2023
Tarikh tamat tempoh: 31/12/2025
...................................................................................................................................................
Heat Tone Cream (60gm)
No Pendaftaran: MAL20126023XC
Mengandungi ramuan herba antaranya:
- Camphor 1% w/v
- Menthol 1% w/v
- Methyl salicylate 20% w/v
...................................................................................................................................................
Khasiat:
- Digunakan untuk melegakan sakit ringan, sakit otot dan sendi, melegakan ketegangan, lebam dan terseliuh.
...................................................................................................................................................
Dos/cara penggunaannya:
Dewasa:
Sapukan sedikit krim ke bahagian badan yang dikehendaki, 2-3 kali sehari. Urut secara lembut di bahagian berkenaan.
...................................................................................................................................................
Perhatian:
- Jauhkan dari capaian kanak-kanak.
- Elakkan daripada disapu pada bahagian mata. Jangan sapu pada bahagian luka.
- Simpan di bawah suhu 30°C.
- Jauhkan cahaya dan kelembapan.