PENJENAMAAN & PEMASARAN

MISB Resources Sdn Bhd giat menjalankan aktiviti pemasaran dan penjenamaan bagi memperkukuhkan jenama NR melalui media cetak dan elektronik. Seiring dengan itu penjenamaan melalui media sosial dan media baru juga giat dijalankan.

NR sentiasa dapat berhubung terus dengan pelanggan melalui aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp. Promosi mingguan dan bulanan sentiasa mendapat sambutan dari pelanggan setia disamping hebahan maklumat berkaitan aktiviti syarikat dan program-program akan dijalankan.
Untuk acara penjenamaan luaran, NR bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti penganjur acara sukan lasak dan lain-lain, dan turut turun padang menaja aktiviti yang dijalankan disamping membuat jualan dan bertemu terus dengan pelanggan.