PENGILANG & PUSAT PENYELIDIKAN

Produk herba NR keluaran MISB Resources Sdn Bhd dikilangkan di Alor Setar, Kedah dengan keluasan 10,000 kaki persegi. Kilang yang bertaraf GMP ini mempunyai lebih dari 100 orang pekerja mahir dari perlbagai bidang dan kemahiran.

Rangkaian produk herba NR juga menjalani pelbagai ujian dengan kawalan kualiti yang amat ketat bagi menjamin produk yang dikeluarkan selamat dan berkualiti mengikut piawaian yang ditetapkan. Dari pemilihan bahan-bahan asas sehingga proses pengeluaran, formulasi dari sumber alam semula jadi dengan kaedah moden menggunakan mesin dan peralatan terkini untuk jaminan kualiti dan selamat.

Untuk melangkah lebih jauh, terkini pihak MISB Resources Sdn Bhd turut mengadakan kerjasama perniagaan untuk pengeluaran produk-produk terbaru yang berasaskan sumber alam semula jadi dengan rakan strategik terpilih. Ini satu langkah yang amat penting dalam menghadapi suasana iklim perniagaan yang mencabar disamping mengambil risiko meneroka peluang-peluang baru.