Akar Herbanika (15 sachet)
No Pendaftaran: MAL19972865T
Mengandungi ramuan herba antaranya:
- Piper Betle Folium
- Zingiber Officinale Rhizome
- Curcuma Xanthorrhiza Rhizome
- Zingiberis Minus Rhizome
- Terminalia Catappa Cortex
- Orthosiphon Aristatus Folium
...................................................................................................................................................
Khasiat:
- Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.
- Juga digunakan bagi melawaskan pembuangan air kecil, untuk mengencangkan otot-otot tubuh dan membantu mengurangkan keletihan dan sakit-sakit sendi.
...................................................................................................................................................
Dos/cara penggunaannya:
Dewasa:
i. Untuk Amalan Kesihatan
a) Individu - 1 mug setiap kali minum (3 kali sehari) 1 atau 2 sachet Akar Herbanika dicampurkan dengan 1 mug air mendidih. Jika terlalu pekat bolehlah ditambah air sehingga ianya menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan teh herba itu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
b) Seisi Keluarga - 1 mug setiap kali minum ( 3 kali sehari) 2 atau 3 sachet Akar Herbanika dicampurkan dengan 5 cawan / 1 teko air mendidih. Jika terialu pekat bolehlah ditambah air sehingga ianya menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan teh herba itu. Minum air Akar Herbanika suam- suam panas.
- Disyorkan minum pada waktu pagi sebelum sarapan, selepas makan tengahari dan sebelum tidur.
c) Minuman Untuk Penghilang Dahaga - Air Akar Herbanika dengan manisan madu lebah asli yang disejukkan dalam peti sejuk adalah minuman penyegar seharian seisi keluarga untuk menghilangkan dahaga. Berkhasiat melegakan kekeringan tekak & ketidakselesaan kerongkong.
ii) Untuk Yang Berpenyakit - 1 mug setiap kali minum (4-5 kali sehari) - 2 sachet Akar Herbanika dicampurkan dengan 2 cawan atau 1 mug air mendidih. Tambahkan madu lebah untuk menyedapkan teh. Kepada pesakit kencing manis, dinasihatkan minum teh tanpa madu.
iii)Penggunaan Luaran - Disyorkan sachet Akar Herbanika yang telah digunakan disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan sebagai rawatan penyegar mata setiap hari untuk merehatkan mata yang letih dan kendur. Sapu Minyak Berubat Herba ke sekeliling kelopak mata dan pejam.
Letakkan sachet Akar Herbanika yang disejukkan ke atas kelopak mata dan berehat selama 1/2 @ 1 jam dan kemudian sachet tersebut hendaklah dibuang.
- Hanya gunakan madu sahaja sebagai pemanis.
No. KKLIU: 0033/2023
Tarikh tamat tempoh: 31/12/2025